Kenyataan media yang dikeluarkan oleh pihak Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah pada 8 September 2018, adalah kenyataan balas terhadap Pejabat Peguam Negara, mengenai bayaran RM9.5 juta yang didakwa fi guaman bagi kes liwat dua, Mahkamah Tinggi diberitahu hari ini.
Saksi ketiga pendakwaan, Ida Lim Lee Ting berkata, kenyataan oleh Muhammad Shafee merujuk kepada dakwaan bahawa bayaran itu, ketika beliau menjadi Pendakwa Raya Ad-Hoc untuk rayuan kes liwat Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.